Assalamualaikum & Salam Sejahtera!
Rasa-rasanya baru sangat naik semester 2, tup-tap dah nak cuti semula! Begitulah hakikatnya peredaran masa yang tanpa kita sedari begitu cepat meninggalkan kita...
Kepada para pelajar yang pulang ke kampung halaman tu, berhati-hati dan jaga diri baik-baik: kesihatan - jasmani dan rohani, fizikal & emosi, iman & ilmu.
Jangan terus lupakan ilmu yang baharu dipelajari dalam masa lebih kurang lima minggu tu! Naik nanti mungkin kita boleh uji dengan kuiz berikutnya pula! Jadi, bersedialah walaupun sedang bercuti.
Selamat Bercuti!
Friday, 23 December 2011
Wednesday, 19 October 2011
Selamat Bercuti!
Assalamualaikum warahmatuLllahi wabarakatuh!
Peperiksaan Akhir telah pun selesai. Segala penat-lelah telah pun terbayar dengan keputusan yang diperoleh. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya terutama yang mendapat gred A. Mereka yang tidak lulus, jangan berputus asa, ulangi kursus berkenaan sehingga berjaya. Salah satu ciri pelajar yang cemerlang ialah belajar sepanjang masa tanpa jemu serta berani menghadapi kegagalan. Seterusnya merancang untuk mencapai kejayaan di masa yang akan datang. Jika kita gagal merancang untuk menempah kejayaan BERERTI kita telah merancang untuk gagal.
Sempena cuti lebih kurang sebulan ni, ambillah kesempatan untuk menziarahi kaum-keluarga, rakan-taulan serta guru-guru yang pernah mengajar kita. Jangan lupa tempat kita menimba ilmu. Ucapkanlah jutaan terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik kita sehingga berjaya memasuki ke gerbang menara gading ini. Jika ada duit, berilah hadiah kepada mereka sebagai tanda ingatan dan penghargaan.
Akhir sekali selamat kembali meneruskan pengajian di semester yang akan datang. Bagi mereka yang akan menamatkan pengajian, tahniah diucapkan dan jangan berpuas hati dengan diploma dan ijazah yang diperolehi. Tingkatkan lagi ke pengajian yang lebih tinggi...

Friday, 30 September 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)