Friday 23 December 2011

Selamat Bercuti Pertengahan Semester!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!
Rasa-rasanya baru sangat naik semester 2, tup-tap dah nak cuti semula! Begitulah hakikatnya peredaran masa yang tanpa kita sedari begitu cepat meninggalkan kita...
Kepada para pelajar yang pulang ke kampung halaman tu, berhati-hati dan jaga diri baik-baik: kesihatan - jasmani dan rohani, fizikal & emosi, iman & ilmu.
Jangan terus lupakan ilmu yang baharu dipelajari dalam masa lebih kurang lima minggu tu! Naik nanti mungkin kita boleh uji dengan kuiz berikutnya pula! Jadi, bersedialah walaupun sedang bercuti.
Selamat Bercuti!

Wednesday 19 October 2011

Selamat Bercuti!

Assalamualaikum warahmatuLllahi wabarakatuh!

Peperiksaan Akhir telah pun selesai. Segala penat-lelah telah pun terbayar dengan keputusan yang diperoleh. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya terutama yang mendapat gred A. Mereka yang tidak lulus, jangan berputus asa, ulangi kursus berkenaan sehingga berjaya. Salah satu ciri pelajar yang cemerlang ialah belajar sepanjang masa tanpa jemu serta berani menghadapi kegagalan. Seterusnya merancang untuk mencapai kejayaan di masa yang akan datang. Jika kita gagal merancang untuk menempah kejayaan BERERTI kita telah merancang untuk gagal.

Sempena cuti lebih kurang sebulan ni, ambillah kesempatan untuk menziarahi kaum-keluarga, rakan-taulan serta guru-guru yang pernah mengajar kita. Jangan lupa tempat kita menimba ilmu. Ucapkanlah jutaan terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik kita sehingga berjaya memasuki ke gerbang menara gading ini. Jika ada duit, berilah hadiah kepada mereka sebagai tanda ingatan dan penghargaan.

Akhir sekali selamat kembali meneruskan pengajian di semester yang akan datang. Bagi mereka yang akan menamatkan pengajian, tahniah diucapkan dan jangan berpuas hati dengan diploma dan ijazah yang diperolehi. Tingkatkan lagi ke pengajian yang lebih tinggi...

Friday 30 September 2011

Scalar Product and Vector Product of 2 Vectors

Vectors Part 5 Addition and Subtraction

Vectors Part 4 PBL

Vectors Part 3 Addition

Vectors Part 2 Addition

Vectors Part 1

Secant Method Part 1

Bisection Method Part 1

Trigonometry Part 8

Trigonometry Part 7

Trigonometry Part 6

Trigonometry Part 5

Trigonometry Part 4

Trigonometry Part 3

Trigonometry Part 2

Trigonometry Part 1

Complex Numbers Part 3

Complex Numbers Part 2

Complex Numbers Part 1

Differentiation of Functions

Differentiation of Algebraic Functions Part 1

Friday 13 May 2011

Selamat Bercuti!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!
Peperiksaan Akhir telah pun selesai. Tahniah kepada yang berjaya mendapat gred yang baik, takziah kepada yang gagal. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna berakhirnya usaha kita untuk menjadi mahasiswa yang cemerlang. Anggaplah kegagalan kali ini sebagai suatu iktibar agar kita mempertingkatkan lagi kerajinan kita untuk menghadapi semester yang mendatang. Pastikan kita tidak cepat berputus asa...

Marilah kita muhasabah apa yang telah kita lalui sepanjang semester yang lalu. Marilah kita "post-mortem" kenapa kita peroleh keputusan yang sebegitu?

Berkemungkinan kita tidak begitu serius, atau kita tidak menyelesaikan tugasan yang diberikan, atau kita banyak ponteng kuliah dan tutorial...

Atau pun, kita lupa berdoa kepada Allah SWT. Kita mengabaikan perintah Allah SWT. Atau kita telah melakukan larangan Allah SWT...



Marilah kita muhasabah kembali dan bertaubatlah jika memang berlaku perkara tersebut. Ingatlah segala kejayaan tersebut adalah dengan izin Allah Subhanahu Wa Taala.

Semoga bertemu kembali pada Semester Jun nanti. Insya'Allah.

Thursday 21 April 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan!


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Diam tak diam dah lebih 14 minggu kita mengikuti kursus ini. Beberapa hari lagi kita akan menghadapi peperiksaan akhir. Oleh itu, persiapkanlah dirimu agar dapat menjawab semua soalan dengan penuh keyakinan.

Markah kerja kursus saya dah tampal di tingkat satu. Silalah lihat, mudah-mudahan ia dapat meningkatkan lagi usaha anda untuk mencapai gred yang dicita-citakan. Paling tidak pun, susunlah strategi agar dapat lulus dengan cemerlang mengikut kemampuan yang ada.

Buatlah latihan dengan menjawab soalan-soalan lepas yang berkaitan daripada kursus-kursus yang lain jika sama kandungannya dengan kursus ini.

Kalau tak faham juga, kunjungilah para pensyarah yang sentiasa bersedia untuk membantu walaupun di saat yang sangat kritikal ini.

Akhir kata, semoga berjaya!

Saturday 12 February 2011

Differentiations for You!

Dear My Students:
I hope all of you could get some benefit from these files!

http://myfreefilehosting.com/f/72cc7f3d21_0.03MB